“Saya Gila Ke Diorang Gila?” – Tenang Dilabel ‘Gila Jantan’, Respons Ashira Aziz & Kekasih Cuit Hati Netizen

Penyanyi Ashira Aziz yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi Bad Indigo memuat naik sebuah video di akaun TikToknya baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Ashira dilihat bergurau dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Fairul Ezuan mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya seorang wanita yang ‘gila jantan’.

“Abang E (Ezuan)… okay ceritanya macam ini, ada orang cakap saya ni gila menjantan. Jadi, saya gila ke diorang yang gila?,” tanya Ashira kepada kekasihnya itu.

Namun, jawapan balas kekasihnya itu membuatkan mereka pecah tawa apabila Ezuan menyatakan dia yang gila.

“Saya yang gila,” jawab kekasihnya itu.

@ashiragv7🤪😂

♬ original sound – Ashira Aziz

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan keletah mereka berdua.

Sebelum ini, Ashira pernah mendedahkan bahawa dirinya pernah menerima mesej berbaur negatif selepas berkongsi gambar di media sosial bersama kekasihnya itu.

Atiqah Johari