[VIDEO] Rakam Suasana Depan Kaabah, Individu Dedah Mimpi Tentang Zul Ariffin? – “Semoga Panjang Umur”

Pelakon popular, Zul Ariffin memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang berada di Tanah Suci, Makkah.

Menerusi video perkongsian tersebut, Zul dilihat merakam suasana pagi dihadapan kaabah dengan mengenakan ihram untuk tatapan orang ramai.

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet dan pengikutnya di Instagram berterima kasih kerana berkongsi suasana kepada orang yang tidak berpeluang menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Malah, ada segelintir berdoa dan berharap mereka juga diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah di Makkah.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat satu komen yang mencuri tumpuan di mana ada individu memaklumkan bahawa dia bermimpi Zul Ariffin meninggal dunia.

Sehubungan itu, individu itu mendoakan supaya pelakon kacak itu dikurniakan umur yang panjang.

“Semalam saya mimpi bang zulripin meninggal… hmm… semoga panjang umur bang,” tulisnya.

Terdahulu, Zul Ariffin memberi kenyataan bahawa dia akan berhijrah dan menetap di Makkah awal tahun depan atas urusan perniagaan.

Atiqah Johari