Kerap Kongsi Foto Ala ‘Pre-Wedding’, Jasmine Suraya Bakal Akhiri Zaman Bujang?

Pelakon Jasmine Suraya tampil meraih perhatian warganet selepas memuat naik sebuah gambar seakan-akan dia bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di Instagram, Jasmine telah berkongsi foto sepasang kasut lelaki dan wanita ala-ala ‘pre-wedding diiringi kapsyen seperti sedang menghitung hari bahagia.

“I’ve never dreamed of nobody like you. #jandj #countingdays #loveseason #savethedate,” tulisnya.

Biarpun pelakon jelita itu tidak pernah mendedahkan kisah percintaannya kepada umum, perkongsian tersebut telah membuat rata-rata pengikutnya terkejut dan teruja.

Malah, Jasmine turut memuat naik gambar daun berbentuk hati yang bertulis ‘save the date’ di Instagramnya, baru-baru ini.

“I can’t believe it’s happening!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya turut mengucapkan tahniah kepada pelakon jelita itu.

Fatin Nurain