Selepas Isu Perceraian, Mak Wan Latah Didakwa Langgar Kontrak? – “Hari Shooting Tak Datang Bagi Alasan COVID, Tapi Pergi Shooting Lain”

Baru-baru ini kecoh di ruangan media sosial mengenai pelakon veteran tanah air, Mak Wan Latah yang bercerai setelah tiga bulan berumah tangga dengan Husain Dolah.

Difahamkan, bekas suaminya itu mendedahkan punca penceraian mereka adalah kerana Mak Wan tidak menghormatinya sepanjang perkahwinan mereka.

Namun, Mak Wan bagaimanapun berkata dia tidak mahu mengaibkan sesiapa dan memilih untuk berdiam diri mengenai isu berkenaan.

Terkini, tular di ruangan media sosial Twitter yang mendakwa Mak Wan telah melanggar kontrak perjanjian bersama sebuah produksi makanan.

Difahamkan, Mak Wan telah menandatangan perjanjian kontrak untuk shooting bersama namun apabila hari kejadian, Mak Wan didakwa bertindak untuk ‘menipu’ dengan memberi alasan dijangkiti COVID-19.

Dakwa mereka, apabila diselidik, rupa-rupanya Mak Wan telah pergi ke negeri lain untuk shooting.

Ciapan tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang disertakan dengan surat laporan polis mengenai insiden berkenaan.

“Mana-mana production nak deal lepas ni harap dapat fikir dulu sebelum deal dengan artis seorang ni.

“Rate sampai 3k/hari utk video shooting, dah siap sign kontrak. Hari kejadian buat alasan kena COVID.

“Sekali dapat tahu tengah shooting kat negeri lain. Bila call dah block semua nombor,” tulisnya.

Bagaimanapun, tidak dapat kepastian mengenai hantaran tersebut benar ataupun tidak.

Sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan daripada pihak Mak Wan sendiri.

Aqilah Paharuzi