Selepas Kena ‘Sound’ Dengan Hafidz Roshdi & Dituduh Masih Tak Move On, Nurul Shuhada Akhirnya Tunjuk Bukti!

Bekas isteri pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung tuduhan netizen yang mengatakan dirinya masih belum ‘move on’.

Malah, perkara tersebut semakin menjadi perhatian selepas Hafidz tampil menegur Shuhada agar tidak menggunakan foto lama mereka sebelum dia mengambil tindakan tegas.

“Hari ini saya dapat tahu ada orang guna gambar saya untuk promote barang dia. Tak tahu lah nak promote untuk tujuan apa.

“Macam dah tak ada originaliti, tak ada gambar lain. Saya rasa boleh delete, tukar dengan gambar lain sebelum saya ambil tindakan sewajarnyalah,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Bekas Isteri Muat Naik Gambar Manis Ketika Masih Bersama, Ini Respons Hafidz Roshdi – “Dah Tak Ada Originaliti Ke?”

Justeru, tidak berdiam diri dengan tohmahan yang diberikan, Shuhada akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu panas tersebut sekaligus memberikan bukti bahawa semua konten yang dipamerkan adalah seratus peratus daripada pihak produk berkenaan.

“Ini ada penjelasan dari pihak syarikat and team @berryshape_hq bahawa content yang dimuatnaik di mana mana platform media social adalah 100% daripada pihak mereka.

“Saya sebagai ambassador cuba sebaik mungkin menjalankan tugas inshaa-Allah, “ katanya.

 

Mengulas lanjut, wakil pihak produk kecantikan tersebut turut memberikann respons mengenai isu terbabit.

“Di sini kami ingin menjelaskan tentang isu yang telah tular dari semalam di sosial media.

“Tuduhan Shu ‘tidak move on’ sama sekali tidak benar. Oleh kerana posting tersebut disediakan oleh team HQ untuknya.

“Pihak HQ ingin memohon maaf sekiranya posting tersebut telah mengguris hati berberapa pihak & insyaAllah akan lebih peka dengan isu sensitif seperti ini,” jelasnya.

 

Salma Syahbuddin