Bekas Madu Miera Liyana Akhirnya Dapat Hak Penjagaan Sementara 2 Anak

Perbicaraan bagi mendapatkan hak penjagaan anak bekas madu kepada pelakon, Miera Liyana iaitu Adibah Abd Mutalib akhirnya terjawab selepas Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini memebrikan hak penjagaan sementara terhadap dua anak perempuannya.

Memetik laporan mStar, bekas suaminya Rosland Othman bagaimanapun mendapat hak penjagaan anak keempat mereka iaitu, Nur Anisa, 12.

Sementara itu,  Adibah bersyukur dan menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah, bahkan dia berpuas hati dengan pemilihan anak-anaknya.

“Saya berpuas hati dengan pemilihan anak-anak. 

“Dan saya bersyukur dan menghormati keputusan mahkamah hari ini,” katanya.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Adibah memberitahu bekas suaminya sebelum ini ada meminta pasport anaknya iaitu, Anisa dan Tasnim dengan alasan untuk membawa kedua anak mereka itu bercuti ke luar negara.

Namun, dia enggan menyerahkannya dek kerana Rosland belum menyelesaikan hutang tertunggak yang sebelum ini diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayarnya.

Sekadar info, kes hadanah pasangan ini akan bersambung pada 7 Disember 2023 bagi perbicaraan kes pihak plaintif.

Terdahulu, Rosland dan Adibah sah bercerai dengan talak satu pada 3 Ogos lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan lima cahaya mata perempuan berusia lingkungan 11 hingga 26 tahun.

 

Sumber: mStar

 

Salma Syahbuddin