Tulis Kenyataan Berbentuk ‘General’, Netizen Syak Meerqeen Takut Hilang Kerjasama Dengan Jenama Antarabangsa – “Langsung Tak Ada Sebut Palestin”

Pelakon sensasi, Meerqeen hangat menjadi buah mulut ramai di media sosial berhubung perkongsian terkini di Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Meerqeen atau nama sebenarnya Shameer Shauqeen memberi kenyataan mengenai peristiwa menyayat hati terjadi di Palestin apabila direjam zionist tanpa belas kasihan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa saya mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan kezaliman. Sebagai seorang Muslim dan seorang manusia, saya percaya akan tanggungjawab untuk terus berusaha menjadi Khalifah di bumi pinjaman ini dan memperjuangkan keadilan secara kedamaian.

“Doa dam harapan saya akan sentiasa terus untuk saudara-saudara kita yang terpaksa menghadapi keganasan dan kezaliman di bumi mereka. Dengan kudrat dan kemampuan saya dalam memerangi kezaliman dan menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim yang sebenar,” tulisya.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap luahan hati Meerqeen itu gara-gara tidak menyebut ‘Palestin’ dalam hantarannya yang panjang itu.

Malah, netizen mendakwa aktor Melur Untuk Firdaus itu masih takut untuk menunjukkan sokongan secara terbuka kepada Palestine kerana bimbang sekiranya namanya di ‘cancelled’ oleh jenama antarabangsa.

Namun begitu, ada juga sesetengah netizen yang memuji tindakan Meerqeen kerana lantang menyuarakan pendapatnya tentang isu sensitif yang merobek hati ramai itu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak Meerqeen sendiri.

Meerqeen juga berkongsi mengenai isu-isu palestin dan bantuan dana di Instagran Story (IGs).

Sebelum ini, Meerqeen membidas komen netizen mulut celupar berhubung isu sama.

Artikel Berkaitan: “Bayangkan Kau Masuk Neraka Sebab…” – Disindir Netizen Isu Palestin, Meerqeen Tampil Beri Respons

Aqilah Paharuzi