“Selepas Sekian Lama, Akhirnya Saya Terbuka Hati Untuk…” – Nabila Huda Pilih Yang Tak Klise

Pelakon dan pengacara Melodi, Nabila Huda mengakui dia kini memilih untuk membintangi drama rantaian yang mempunyai genre serta skrip bersesuaian.

Bakal muncul dengan naskhah Terlerai Noktah, drama rantaian terbabit akan mula bersiaran jam 10 malam ini menerusi slot Samarinda di TV3.

Menurut aktres yang mesra disapa dengan nama Abil ini, dia terbuka hati untuk berlakon dalam karya arahan sutradara Amorizan kerana jalan ceritanya yang tidak klise.

Abil mendedahkan perkara terbabit menerusi salah sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Selain Abil, drama bersiri terbabit turut dijayakan oleh Ainul Aishah, Raysha Rizrose, Aidil Aziz, Atikah Suhaime dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Terlerai Noktah setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dalam slot Samarinda, eksklusif di TV3!

Padin