‘Selesa Dengan Adam Tapi…’- Sweet Qismina

Pelakon Sweet Qismina mengaku hubungannya bersama Adam Lee tidak memberikan impak negatif terhadap kerjayanya.

Sweet atau pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi menjelaskan, peminat mula memberikan reaksi positif ketika mereka rancak mempromosikan drama rantaian Adam Chempaka.

“Saya bersyukur kerana peminat Adam menerima baik hubungan kami ini, tiada pula sehingga menerima surat layang dan sebagainya. Malah, kebanyakan memberikan reaksi positif ketika kami banyak memuat naik gambar promosi drama lakonan bersama.

“Tidak mahu memperbesarkan perihal cinta ini, cukuplah sekadar peminat dan warga net tahu kami selesa berkawan. Sering juga menyerahkan kepada peminat untuk meletakkan andaian sendiri mengenai hubungan kami, jika ada yang anggap kawan rapat terpulang juga.

“Bukan apa, kami masih lagi berkawan dan mengenali hati budi, belum ada perancangan untuk peringkat seterusnya. Tidak mahu ada yang menghakimi pula, biasalah selebriti berkawan tidak lama,” katanya kepada Xtra.

Kata Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu, dia selesa berkawan dengan jejaka tinggi lampai berkenaan selepas beberapa kali berlakon bersama.

SGMS Fas