Selesa Status Duda Alasan Fezrul Khan Tak Cari Calon Bini?

Selepas bercerai sejak empat tahun lepas, pelakon Fezrul Khan mengaku masih belum bertemu calon sesuai untuk dijadikan isteri.

Kata bapa tunggal satu anak ini, dia tidak terdesak untuk mencari calon isteri memandangkan enggan terburu-buru dalam hal berkaitan perkahwinan.

“ Saya percaya biarlah ia datang secara semulajadi. Tak perlu tergesa-gesa cari kerana kalau benar wanita itu jodoh saya, maka ia akan jadi juga.

“ Cuma buat masa ini saya belum jumpa calon sesuai. Kalau ada isteri seronok juga boleh jaga makan pakai saya dan anak,” katanya ketika ditemui di majlis iftar dan sumbangan duit raya kepada anak yatim Sri Kundang anjuran Megapine Sdn Bhd di Zenith Putrajaya, malam tadi.

Fezrul dan Noorhafizah berkahwin pada 5 Mei 2012 namun bercerai tiga tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Fareel Khan yang kini berusia enam tahun.

Menyentuh soal kriteria calon isteri pula, Fezrul mengaku tidak terlalu memilih asalkan wanita itu memahami kerjayanya sebagai pelakon.

“ Cukup kalau dia faham diri saya dan boleh membahagiakan anak, itu sahaja,” katanya ringkas.

Tambah Fezrul, dia juga pernah dilamar peminat menerusi laman Instagram namun menganggap ia sekadar gurauan antara artis dan peminat sahaja.

SGMS Faida