Semakin Jelas, Peminat Teruja Lihat Baby Bump Wany Hasrita – “Semoga Dikurniakan Kesihatan Yang Baik”

Penyanyi Wany Hasrita sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminatnya semenjak berita kehamilannya menjadi sebutan tempoh hari lalu.

Biarpun tidak menafikan dan mengakui dakwaan tersebut, berita gembira itu seolah-olah sudah menemui jawapannya selepas tular sebuah video penyanyi itu sedang membuat raptai untuk sebuah acara, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di TikTok, pihak jenama tudung Kekaboo telah merakam momen ketika Wany sedang berlatih menyanyikan lagu Canggung sekali gus menampakkan bahagian perutnya atau baby bump dengan jelas.

@tudungkekaboo Kak Boo is tak sabar nak tengok full performance Wany Hasrita kejap lagi #kekabooraya2023 #fashionshow ♬ original sound – Tudungkekaboo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja dan mendoakan kesihatan penyanyi itu dan bayi dalam kandungannya.

Terdahulu, Wany enggan mengumumkan berita kehamilannya kerana menganggap masih terlalu awal untuk dikongsi.

Namun, penyanyi itu menyatakan dia akan memaklumkan kepada umum bila tiba masa yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terlampau Awal Untuk Dikongsi… Yang Mana Tahu, Tahu” – Wany HasritaPenyanyi Wany Hasrita sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminatnya semenjak berita kehamilannya menjadi sebutan tempoh hari lalu.

Biarpun tidak menafikan dan mengakui dakwaan tersebut, berita gembira itu seolah-olah sudah menemui jawapannya selepas tular sebuah video penyanyi itu sedang membuat raptai untuk sebuah acara, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di TikTok, pihak jenama tudung Kekaboo telah merakam momen ketika Wany sedang berlatih menyanyikan lagu Canggung sekali gus menampakkan bahagian perutnya atau baby bump dengan jelas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja dan mendoakan kesihatan penyanyi itu dan bayi dalam kandungannya.

Terdahulu, Wany enggan mengumumkan berita kehamilannya kerana menganggap masih terlalu awal untuk dikongsi.

Namun, penyanyi itu menyatakan dia akan memaklumkan kepada umum bila tiba masa yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terlampau Awal Untuk Dikongsi… Yang Mana Tahu, Tahu” – Wany Hasrita

Fatin Nurain