“Semoga Noah Membesar Jadi Sehebat Ayahnya, Sayang Noah” Ibu Ashraf Sinclair Titip Doa Dan Semangat Buat BCL Dan Cucunya

Perbezaan jarak antara Jakarta dan Malaysia tidak menjadi penghalang buat ibu Allahyarham Ashraf Sinclair untuk sentiasa mengambil berat dan mengetahui keadaan terkini menantu, Bunga citra Lestari dan cucunya, Noah Aidan Sinclair.

Khadijah Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Umi ini dilihat sentiasa memberikan kata-kata semangat buat BCL dan cucu kesayangannya itu menerusi laman sosial miliknya.

Terima kasih pada semua!

 

Malah, Umi juga turut mengucapkan terima kasih buat semua netizen yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan mengagumi BCL kerana menganggap wanita itu seorang yang kuat dan tabah.

Dan, sebagai seorang mertua dan nena kepada BCL dan Noah, beliau berjanji untuk sentiasa mempunyai hubungan yang baik kepada BCL walaupun kini Ashraf sudah tiada.

“Ribuan terima kasih atas kata-kata murni. Bunga amat disayangi dan menjadi inspirasi  kepada ramai peminatnya. Dan, kami mahu lihat Noah membesar menjadi pemuda yang baik, bahagia, dan penuh kasih sayang sama seperti ayahnya” Katanya. 

Tidak akan abaikan tanggungjawab kepada Noah

Menurutnya lagi, ahli keluarga turut memberi perhatian buat Noah sepanjang tumbesarannya.
Apapun, kita doakan yang terbaik buat keluarga Sinclair, BCL dan Noah. Semoga ini juga turut menjadi inspirasi buat semua.
Salma Syahbuddin