“Tak Sabar Nak Tengok!”- Netizen Teruja Shukri Yahaya Kongsi Babak Drama 7 Hari Mencintaiku 2

JIKA korang masih ingat sekitar 4 tahun yang lepas, drama rantaian 7 Hari Mencintaiku pernah disiarkan di slot Akasia TV3. Pada masa itu drama adaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah ini telah menjadi fenomena. Pergi mana-mana je mesti orang akan bercakap tentang drama ini. 

Rasanya korang semua mesti dah tahu drama 7 Hari Mencintaiku ini bakal menemui penonton semula menerusi sekuel yang kedua pada bulan April kelak. Jadi, para pelakon yang menjayakan drama ini pastinya sedang sibuk mempromosikan drama lakonan mereka. Sudah tentulahlah media sosial menjadi platform utama bagi para pelakon drama ini mempromosikan 7 Hari Mencintaiku 2.

Pelakon prima merangkap hero di dalam drama ini, Shukri Yahaya (Khuzairi)  turut tidak ketinggalan memuatnaik sebuah video di laman Instagram peribadinya. Video tersebut memaparkan babak Khuzairi dan Mia (lakonan Siti Saleha) sedang duduk bersama.

Menerusi babak itu, Khuzairi telah membawa isterinya Mia menemui seorang doktor. Semasa mereka berbual dengan doktor tersebut, Khuzairi telah meletakkan dua bantal di belakang Mia dan Mia segera mengalihkan bantal tersebut dengan menunjukkan reaksi wajah tidak selesa. 

 

Tak sabar nak tunggu drama ni!

Babak di antara Khuzairi dan Mia ini ternyata telah mencuit hati netizen. Ada yang tidak sabar menunggu sambungan drama ini selepas empat tahun menunggu kesinambungannya. Selain warganet, isteri kepada Shukri Yahaya, Tya Adnan juga tidak ketinggalan meninggalkan komen pada posting tersebut. 

Tidak seperti musim pertama, musim kali ini mengisahkan tentang pasang surut kehidupan Khuzairi dan Mia selepas beberapa tahun mendirikan rumahtangga. Kemunculan Puan Hayati (lakonan Zila Bakarin) dan Nurul Ain menjadikan rumahtangga mereka semakin bergolak. Lebih-lebih lagi ditambah dengan watak Mak Leha (Lakonan Liza Abdullah) yang sememangnya bermulut laser dan tidak sukakan Mia Adriana. 

Sama-sama kita tunggu drama ini ditayangkan di TV3 pada bulan April ini okay? 

 

Sumber: Hot fm

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover

Recent Posts