Sempat Jadi ‘Hairstylist’ Penari Sebelum Beraksi Di Famili Duo, Adira Suhaimi Dianggap Artis Serba Boleh

Penyanyi Adira Suhaimi tampil berkongsi momen ketika dia bersama pasukannya bersiap sebelum beraksi di pentas Famili Duo Musim Ketiga minggu keempat, Ahad lalu.

Perkara itu telah dikongsi oleh Adira menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Adira telah menunjukkan momen ketika dia mendandan rambut pasukan penarinya biarpun dirinya belum siap didandan lagi.

@adira.suhaimi #fyp ♬ Bagaikan Langit – Onel1443

Melihat kemahirannya mendandan rambut pasukannya, rata-rata peminatnya memuji Adira di ruangan komen.

Malah, ada juga yang menganggap Adira seorang artis yang serba boleh memandangkan dirinya cekap membuat pelbagai perkara.

Umum mengetahui, Adira dan adiknya, Emma telah terlibat dalam program Famili Duo Musim Ketiga yang dikendalikan oleh Janna Nick dan Izzue Islam.

Orang ramai boleh menonton Adira dan Emma beraksi di Famili Duo setiap hari Ahad, jam 9 malam, di TV3 atau secara live strim menerusi Tonton.Penyanyi Adira Suhaimi tampil berkongsi momen ketika dia bersama pasukannya bersiap sebelum beraksi di pentas Famili Duo Musim Ketiga minggu keempat, Ahad lalu.

Perkara itu telah dikongsi oleh Adira menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Adira telah menunjukkan momen ketika dia mendandan rambut pasukan penarinya biarpun dirinya belum siap didandan lagi.

Melihat kemahirannya mendandan rambut pasukannya, rata-rata peminatnya memuji Adira di ruangan komen.

Malah, ada juga yang menganggap Adira seorang artis yang serba boleh memandangkan dirinya cekap membuat pelbagai perkara.

Umum mengetahui, Adira dan adiknya, Emma telah terlibat dalam program Famili Duo Musim Ketiga yang dikendalikan oleh Janna Nick dan Izzue Islam.

Orang ramai boleh menonton Adira dan Emma beraksi di Famili Duo setiap hari Ahad, jam 9 malam, di TV3 atau secara live strim menerusi Tonton.

Fatin Nurain