“Sempat Menyanyi Bersama Adik-Adik”- Nora Dedah Perangai Alif Sebelum Meninggal Dunia

Ibu kepada peserta Mentor Milenia 2019 ini mengakui anaknya itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mengalami masalah kesihatan apabila sempat menghantar beliau ke lapangan terbang untuk ke Singapura sehinggalah dimaklumkan oleh pembantu rumahnya bahawa Alif sudah tidak tidak bergerak selepas rebah pada Sabtu.

” Saya memang terkejut apabila pembantu rumah menghubungi dan memberitahu, badannya sudah tidak bergerak selepas rebah” Katanya.

Menurut Nora, kematian Alif sama seperti Allahyarham bapanya, Johan Nawawi. Namun tidak terfikir anaknya itu mengalami masalah jantung. Dan sehingga kini masih menunggu keputusan bedah siasat.

” Saya masih menunggu keputusan doktor mengenai punca sebenar dan bedah siasat akan dilakukan untuk mendapatkan jawapan. Disebabkan doktor terbabit tiada hari ini, bedah siasat akan dilakukan esok pagi” Tambahnya.

Nora juga memberitahu, Alif tidak menunjukkan sebarang tanda atau perangai pelik sebelum ini. Malah beliau  kali terakhir dilihat sempat menyanyi bersama adik-adiknya di dalam bilik.

Terbaharu, Nora sempat memuat naik posting nyanyian terakhir Alif berjudul Salam Terakhir di akaun instagram miliknya sebentar tadi. 

Allahyarham akan dikebumikan akan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya, pada jam 3 petang ini. Dan, akan dikebumikan bersebelahan kubur arwah bapanya.

Apapaun, diharap Nora dan keluarga tabah menghadapi dugaan dan ujianNya. 

Salma Syahbuddin