Senator Ras Adiba Radzi Kahwin Bekas Suami – “Tiada Yang Sempurna, Kami Hormati Kekurangan Masing-Masing”

Desas desus mengatakan bekas penyampai dan juga ahli parlimen, Senator Ras Adiba Radzi telah berkahwin semula bersama bekas suami akhirnya terjawab.

Ia selepas beliau memuat naik dan memaklumkan sendiri mengenai status terkininya itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

Menurutnya, perkahwinan umpama satu persahabatan dan perlu saling toleransi antara satu sama lain. Malah beliau juga menganggap jodoh mereka masih kuat.

“Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut. Selain itu, perkahwinan juga seperti persahabatan, mesti beri ruang untuk satu sama lain menjadi diri masing-masing,” katanya.

Untuk rekod, pasangan itu sudah berkenalan sejak 1986 sewaktu Ras Adiba masih bertugas di stesen TV3. Mereka kemudian berkahwin pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Ras Adiba memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka sebelum ini kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

 

 

Sumber : Instagram, Harian Metro

Salma Syahbuddin