“Seorang Ibu Sanggup Gadai Nyawa, Tapi Kenapa Perlakukan Macam Haiwan?” – Lufya Omar Kecewa Pengasas Kosmetik Tak Berhati Perut

Kes penderaan dalam negara seakan tiada pengakhirannya apabila kini tular beberapa video melibatkan seorang pengasas kosmetik bertindak memukul anak angkat berusia empat tahun.

Video tersebut heboh sekitar pagi Jumaat yang memaparkan kanak-kanak itu dipaksa makan serta dipukul menggunakan batang penyapu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Bainun 2.0!” – Dera Budak 4 Tahun Guna Batang Penyapu, Pengasas Produk Kena Reman 7 Hari

Susulan itu, pelakon Lufya Omar tampil memberikan respons mengenai isu tersebut yang seakan mendakwa pengasas kosmetik yang dikenali sebagai Myra merupakan rakannya.

“Myra kenapa awak buat macam ni kat anak angkat you? Awak nak sangat anak tapi bila dapat anak awak perlakukan macam haiwan.

“Kita ibu ni sanggup gadaikan nyawa, harta, masa demi menjaga amanah Allah. Walaupun budak tu anak angkat itu satu rezeki besar buat awak Myra,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lufya turut memohon agar golongan individu yang tidak mempunyai perasaan seperti ini untuk menerima tamparan dan pengajaran yang hebat daripada Yang Maha Esa.

“Ya Allah berikanlah hidayah dan petunjuk pada setiap hati manusia yang gagal amanah dan lembutkan lah hati-hati keras tiada belas kasihan pada anak yang tidak bersalah,” tulisnya di ruangan komen sebuah portal hiburan.

Sekadar info terkini, pengasas kosmetik itu telahpun direman selama tujuh hari pada 12:14 tengah malam.

Aqilah Paharuzi