“Saya Dah ‘Move On’, Lagipun Hati Saya Dah…”- Shakilla Khoriri Jawab Isu ‘Rumah Tangga’ Dengan Fizi Ali

Selepas kemelut rumah tangga bersama bekas suami tular, akhirnya pelakon Shakilla Khoriri tampil menjelaskan hatinya sudah tertutup buat bekas suaminya, penyampai radio Fizi Ali.

Menurutnya, dia tidak mungkin akan kembali kepada Fizi walaupun sebelum ini aktres berkenaan pernah memaklumkan yang tidak mustahil untuk dirinya menerima bekas suaminya itu.

“Jujur saya katakan, saya dah move on… tanpa dia di sisi. Hati saya sudah tertutup.

“Memang saya masih sayangkan dia…tetapi bukan mencintainya. Begitu juga dengan Fizi. Kami sudah tiada hati antara satu sama lain,”katanya.

Shakilla juga berkata, segala perasaan yang ada dalam hatinya kini adalah disebabkan Fizi itu bapa kepada anak tunggal perempuan mereka, Nurul Ameena Sofia.

“Perasaan sayang yang masih berbekas dalam hati ini pun disebabkan dia masih bapa kepada anak kami, Ameena, selebihnya tiada,”jelasnya.

Meskipun mengakui sudah menutup pintu hatinya buat bekas suami namun, beliau masih mengimpikan untuk memiliki kehidupan dan perkahwinan yang membahagiakan kelak.

Bagaimanapun, buat masa sekarang aktres itu malas memikirkan tentang perkahwinan kerana selesa menjalani kehidupan sebagai wanita ‘single’.

“Saya juga mahukan kebahagiaan. Saya juga dambakan sebuah perkahwinan dan kehidupan yang pada akhirnya membahagiakan.

“Saya tak pernah nak tutup hati buat mana-mana lelaki lain. Asalkan dia dapat menerima dan faham saya serta anak seadanya, sudah cukup memadai.

“Buat masa sekarang, saya enjoy (nikmati) kerja yang saya lakukan. Tawaran lakonan juga alhamdulillah tidak putus. Ini rezeki buat saya dan anak.

“Paling penting saya nak jaga Ameena dulu. Saya nak fokus kepada masa depan dan besarkan dia.

“Bekas suami juga banyak membantu dan tak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa walau kami sudah berpisah dan tidak lagi bersama,” katanya.

Terdahulu, kecoh berita mengenai pasangan ini apabila Fizi dilihat memuat naik hantaran di laman sosial miliknya seakan-akan ‘berang; dengan bekas isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Enggan Buka Aib Shakilla Khoriri, Ramai Orang Anggap Fizi Ali Meroyan – “Bekas Isteri Kacau ‘Sarang’ Saya!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Memang Sekarang Trend Bercinta Dengan Suami Orang Eh? Ingatkan Dah Insaf” – Fizi Ali Tuju Kat Siapa Tu?

ARTIKEL BERKAITAN:“Lelaki Tak Akan Mengamuk Tanpa Sebab” – Fizi Ali Hilang Sabar, Ini Penjelasan Isu Amuk Terhadap Shakilla

ARTIKEL BERKAITAN:“Kau Nak Aku Hidup Merempat Baru Kau Puas Hati?”- Bengang Dengan Shakila Khoriri, Fizi Ali Akui Penat Berdiam Diri

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Rasa Saya Dengan Dia…”- Didakwa Jahanamkan Hidup Fizi Ali, Ini Respons Shakilla Khoriri

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin