#SeoulSaranghae: Pernah Dilabel Kekwat Dan Terlampau Memilih, Son Ye Jin Akui Hyun Bin Adalah Cinta Pertamanya

Keterujaan peminat K-Drama di seluruh dunia mengenai berita perkahwinan pasangan pelakon popular Korea Selatan, Son Ye Jin dan Hyun Bin masih belum reda sehingga ke hari ini.

Mana taknya, sambutan terhadap drama popular Netflix, Crash Landing On You juga masih menduduki carta top 10 sehingga kini.

Sebelum ini, Son Ye Jin dalam satu temu bualnya pernah memaklumkan bahawa dia merupakan seorang yang sangat cerewet dan mempunyai citarasa yang tinggi dalam memilih teman lelaki.

Namun, dalam satu sesi sidang media drama terbaharunya berjudul, Thirty Nine, Son Ye Jin mengakui tunangnya, Hyun Bin, 39, merupakan cinta pertamanya.

” Hyun Bin adalah cinta hati saya yang pertama,” katanya.

Selain itu, Son Ye Jin juga memaklumkan berita mengenai perkahwinannya itu tidak menghalang beliau daripada terus berlakon dalam genre percintaan memandangkan peminat lebih suka melihatnya berlakon dalam genre sama sejak 20 tahun penglibatannya dalam industri.

“Saya tidak fikir lakonan akan terbahagi kepada pemilihan genre seperti percintaan, komedi atau seram kerana orang yang pandai berlawak juga pandai bercinta. Bagi saya, orang lebih suka apabila saya berlakon dalam genre percintaan walaupun sudah bertukar status nanti….” jelasnya.

 

 

Sumber : Soompi

Salma Syahbuddin