Serina Syukur Hubungan Suami & Chef Wan Kini ‘Jernih’ – “Papa Tahu Hal Sebenar, Tiada Istilah Penyondol Dalam Perkahwinan Saya”

Pelakon, Serina Redzuawan menepis dakwaan hubungan suaminya, Meor Mohammad dan bapanya, Chef Wan bergolak selepas timbul konflik mengenai perkahwinan mereka.

Memetik laporan mStar, Serina menafikan menjadi punca keretakan perkahwinan suaminya bersama bekas isteri dan telah menjernihkan segala isu berkaitan perkara tersebut kepada bapanya.

“Hubungan suami dengan Papa (Chef Wan), Alhamdulillah sudah pulih. Dulu ribut taufan melanda tapi Allah itu sebaik-baik perancang dan kadang-kadang itu apa yang berlaku ada hikmah di sebalik.

“Selepas Papa tahu hal sebenar, dia pun dah boleh terima suami saya sebab tidak pernah ada istilah sondol menyondol, rampas merampas.

“Saya sendiri memang duduk di KL jadi tak tahu dia ada masalah rumah tangga ke apa. Bila berlaku penceraian di antara mereka (suami dan bekas isteri), kenapa saya pula dipersalahkan?

“Saya tidak tahu apa-apa sebab kami pun dah kenal dua bulan dan terus kahwin,” katanya.

Disoal mengenai bagaimana Serina kuat menghadapi segala ujian, dia berkata tidak pernah bergantung harapan kepada sesiapa pun termasuklah bapanya.

“Tak pernah bergantung harap pada sesiapa meskipun ada seorang bapa yang jutawan. Walaupun saya pernah tak ada kerja, saya tak pernah sesekali minta wang pada dia,” ujarnya.

Terdahulu, hangat di serata media sosial berhubung dakwaan Serina berkahwin selepas dua bulan berkenalan bersama suaminya tanpa kebenaran isteri pertama sehingga digelar penyondol.

Sekadar info, Serina pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef O’ Luanaigh, 13, dan Isabella Saffiya O’Launaigh, 12 tahun.

Pada Februari lalu, Serina bagaimanpun kehilangan hak penjagaan kedua-dua anaknya itu.

Aqilah Paharuzi