Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

Perkongsian penyanyi Nourul Depp pada sambutan Hari Ibu, Ahad lalu yang penuh rasa sebak mencuri perhatian ramai di media sosial menimbulkan 1001 persoalan yang kurang enak oleh ramai pihak.

Menerusi hantaran tersebut, Nourul menceritakan mengenai kisah dan momennya bersama arwah ibu kesayangannya sehingga terlerai air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nourul Depp Bagi Pesanan Deep Sempena Hari Ibu – “Jangan Bagi Dia Menangis, Mak Kita Ada Satu Saja”

Namun begitu, berdasarkan ruangan komen, ramai mendakwa luahan hati Nourul itu seakan memberi bayangan bahawa dia mempunyai masalah bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah, 23.

Malah, Nourul juga seakan mengiyakan perkara tersebut apabila membalas komen netizen itu dengan berkata dia sudah melepaskan dan tidak mahu menerima lagi.

“Dari video dan caption, saya macam sedar sesuatu. Tapi tak nak tanya. Apa-apapun, Happy Mothers Day Kak Nurul,” tulis netizen berkenaan.

Balas Nourul, “Toksah tanya hehe. Dah saya lepaskan. Tidak saya mahu ingat lagi. Tidak saya reda dan tidak akan saya terima lagi.” ujarnya.

Individu lain pula berkata dia memahami apa yang dilalui oleh Nourul.

“I feel you. Kita kadang bawa hati akibat sikap anak-anak especially yang remaja. Banyak dugaan kita sebagai ibu, kadang kita larang sebab tak nak mereka ulang kesilapan kita di masa remaja..,” tulisnya.

“Sama kes saya ni. Ramai ibu sekarang merana sikap anak-anak. Kita tak tunjuk kesusahan kita pada mereka. That’s why. Apa depa nak kita bagi,” jawab Nourul.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada respons daripada pihak Nourul atau anak sulungnya, Ayu.

Sekadar info, Ayu adalah anak dari hasil perkahwinan pertama Nourul bersama komposer terkenal, Ajai.

Selepas bercerai, Nourul mendirikan rumah tangga kedua bersama Eric Daniel Depp pada 2012 dan mempunyai tiga cahaya mata.

Aqilah Paharuzi