Sering Diaju Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’, Fattah Amin Mula Bersuara!

Selebriti terkenal Fattah Amin faham dengan situasi di mana dia dan isteri sering menerima soalan tentang zuriat.

Enggan melenting setiap kali diajukan soalan demikian, Fattah memohon orang ramai mendoakan dia dan isteri segera dikurniakan cahaya mata.

“ Saya tidak rimas kalau orang asyik tanya bila nak ada anak. Itu perkara biasa.

“ Masa bujang orang tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin orang tanya pasal anak pula. Kalau ada saya janji tidak akan sorok,” kata suami kepada Fazura ini. 

Pelakon KL Special Force ini turut memohon peminat mendoakan agar dia dan isteri dikurniakan zuriat seterusnya hidup bahagia hingga hujung nyawa.

Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur.

SGMS Faida