Terus-menerus terpalit dengan kes rumah tangga dan isu curang membabitkan pihak ketiga, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz disaran untuk tidak diberikan tawaran berlakon ataupun terlibat dalam mana-mana rancangan hiburan selepas ini.
Menurut salah seorang pengguna aplikasi X yang dikenali sebagai @ZacZakirin13, dia berpendapat, bahawa isu curang melibatkan bapa kepada dua orang anak itu sebagai menjatuhkan maruah agama sekaligus boleh merosakkan akhlak masyarakat.
Justeru, Zakirin menyarankan sudah tiba masanya untuk pihak-pihak berwajib mengambil tindakan dengan ‘banned’ penyanyi berusia 33 tahun itu.
Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet bersetuju terhadap pendapat yang diutarakan Zakirin.
Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh kekasih Aliff yang dikenali sebagai Sarah Yasmine.
Sarah mendakwa, dia dan Aliff sudah menjalinkan hubungan sejak Januari lalu.
Bukan itu sahaja, Sarah turut mendedahkan bukti perbualan menerusi pesanan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies selain memaklumkan cubaan aktor dan aktres itu untuk menjatuhkan isterinya, Bella Astillah.
Susulan hal demikian, ibu kepada Aliff iaitu Siti Hafiza Basharahil turut menyahaktif akaun Instagram miliknya susulan episod baharu kecurangan anaknya.
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza