Categories: Trending

Umisya Pertama Kali Buat ‘Content’ Bersama Aslam, Netizen Berseloroh: “Merentanlah Si Penyondol Tu”

Madu kepada pempengaruh, Marissa Dania, Umisya Mazlan tampil membuat ‘content’ bersama suaminya, Aslam buat pertama kali untuk mempromosikan sebuah produk makanan.

Menerusi video yang tular itu, Umisya dan Aslam kelihatan sangat sepadan dan serasi ketika menjadi wajah untuk jenama makanan yang terkenal tersebut.

Bahkan, jenama tersebut turut memuji cara Aslam memberikan sokongan kepada isteri pertamanya, Umisya ketika membuat review produk itu.

“Respect tengok cara Aslam sokong Umisya Mazlan,” tulisnya di kapsyen.

Teruja melihat penampilan pasangan itu buat pertama kali, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Sesetengah daripada netizen memuji Aslam dan Umisya, namun ada juga yang berharap agar isteri keduanya, Marissa cemburu melihat kemesraan mereka.

Fatin Nurain