“Seriuslah Main Dengan Darah Mereka?” – Netizen Berang, Dakwa Da’i Syed Tak Sensitif Isu Palestin Ketika Live Di TikTok

Pendakwah selebriti Da’i Syed dan isterinya Hana Ismail sekali lagi mencuri perhatian selepas sesi siaran langsung milik mereka tular di platform TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, pasangan ini kelihatan sedang mempromosikan pewarna bibir sebelum Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful bertindak mengganggu Hana dengan memakaikan gincu tersebut pada isterinya.

Kurang selesa dengan tindakan Syed, Hana bagaimanapun kelihatan menahan sabar selepas suaminya itu bertindak mencomotkan gincunya.

“Tak nak lah… tak nak sayang. Muka saya ugly tau. semua orang gelakkan saya!

“Tak nak lah… sayang sengaja buat saya hodoh depan orang kan?,” katanya.

Malah, tindakan Syed yang bermain dengan gincu yang berwarna merah itu dengan menyamakannya dengan warna darah rakyat Palestin sambil bernyanyi lagu Atuna El Toufoule membuatkan rata-rata warganet tidak senang dengan tindakannya itu.

Bahkan, ada yang tampil menegur Syed apabila dia dilihat tidak menjaga sensitiviti berkenaan isu yang melanda negara bergolak itu.

“Dia kata ‘Darah sikit baru Palestin?’ serius lah main dengan darah mereka?

“Tak sesuai dengan guraun Palestin tu. Anda seolah-olah tidak sensitif dengan penderitaan mereka di sana.  Lepas ni mohon berhati-hati.

Boleh pula dia bergurau dengan darah Palestin. Apa benda kau ni,” komen netizen.

Selain itu, ramai dalam kalangan netizen yang memuji tahap kesabaran Hana apabila dia seolah-olah dibuli oleh suaminya.

Salma Syahbuddin