Seronok Kongsi Foto Honeymoon Di Barcelona, Uqasha Senrose & Kamal Adli Dibanjiri Pujian Peminat!

Semenjak beberapa hari ini, pelakon Uqasha Senrose seronok berkongsi gambar percutian bersama suaminya, Kamal Adli di Barcelona.

Perkongsian yang dibuat menerusi Instagram Uqasha itu telah menarik perhatian para peminatnya yang rata-rata memberi pujian dan mendoakan mereka.

“Terpaling sayang, sayang sangat dua orang ni. Moga bahagia till jannah,” komen seorang pengikutnya.

“Awww!! Happy Honeymoon lovebirds,” tulis seorang pengikut Uqasha.

“Cantik dan hensem,” puji seorang netizen

Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Sebelum ini, Uqasha dan Kamal telah berangkat ke Makkah mengerjakan ibadah umrah pada penghujung tahun lalu.

Fatin Nurain