Seronok Masih Dapat Duit Raya Atuk

Syawal tahun ini, Pelakon Cinta, Mira Filzah mengaku teruja untuk pulang ke Perak bagi meraikannya.

Mira memberitahu, dia akan pulang ke Ipoh dan Tronoh, Perak.

Berkongsi kisah Aidilfitri, gadis manis ini memberitahu walaupun dia sudah mempunyai karier sendiri, dia masih mendapat duit raya dari atuk. Wow, beruntung awak Mira!

“ Lagi seronok, jumlah duit raya ditambah setiap tahun bagi cucu yang belum mendirikan rumah tangga.

“ Jumlah duit raya pula diberi mengikut umur. Bila meningkat, maka bertambahlah jumlahnya. Dalam keluarga pula, cucu hanya ada enam orang.

“Saya rasa seronok kerana maklumlah, jarang orang dewasa apatah lagi sudah bekerja, dapat duit raya,” katanya.

Dalam keseronokan mendapat duit raya, Mira juga memberi duit raya kepada sanak saudara terutama kanak-kanak.

Mira juga memilih juadah lauk rendang daging hitam sebagai menu utama pagi Syawal nanti.

Selain itu, Mira cukup beruntung apabila ditaja 19 pasang persalinan jenama Ariani bagi menyambut Aidilfitri. Wow, meriahlah Raya awak tahun ni Mira. Syukur rezeki!

SGMS Faida