Pelakon Veteran Siri Baba Nyonya Meninggal Dunia

Masih ingat dengan watak Bibik Kim Neo dalam rancangan Baba Nyonya?

Pelakon veteran itu, Datuk Kenny Chan dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hospital di Melaka pada 12 Jun, semalam.

Menurut isteri, Fern Loo, mendiang menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

Mendiang yang berusia 68 tahun mempunyai tiga orang anak iaitu Darrick, Allen dan Shalyn.

Terdahulu, siri komedi Baba Nyonya mendapat pengiktirafan Malaysian Book Of Records sebagai siri TV paling lama di negara ini, yang berlangsung dari tahun 1980-an hingga 2000, dengan jumlah keseluruhan 509 episod.

Selepas tayangan sitkom itu berakhir, Chan pernah muncul dalam muzik video Nasi Lemak 2.0 nyanyian Namewee dengan berpakaian seperti dalam watak Baba Nyonya.

Difahamkan, Chan memiliki sebuah restoran yang dinamakan Big Nyonya di Melaka. Restoran itu turut menyajikan masakan peranakan.

 

SGMS Faida