Selepas Lapan Tahun Menanti, Tahniah Achey!

“ RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAY!!!” tulis pelawak, Achey di laman Instagramnya, hari ini.

Selepas lapan tahun menanti, Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya dikurniakan seorang bayi angkat.

Bayi perempuan yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 6 Ramadhan lalu diberi nama Tiara Zinnirah Nasir.

Alhamdulillah, Allah swt telah memakbulkan doa Achey dan isteri selama ini untuk mendapatkan cahaya mata.

“Assalamualaikum. Bismillah… Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

“Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu,” kata Achey menerusi laman Instagramnya.

Achey turut memuat naik foto bersama anak angkat perempuannya itu di laman Instagram dan mendapat perhatian pengikutnya.

Kata Achey atau Mohd. Nasir Hamzah, ada yang membuat andaian isterinya berada di kampung selama sebulan disebabkan perselisihan faham.

“Selama hampir sebulan kami berada di kampung terutama @anne_achey. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga Tiara dalam pantang,” tulisnya.

Achey berharap para peminatnya dapat mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan menerima baik kehadiran permata baru mereka, Tiara Zinnirah.

Tahniah Achey dan isteri. Nampaknya Syawal kali ini pastinya lebih indah dan meriah. Syukur selalu…

SGMS Faida