Adam Shahz Tak Kekok Beraya Tanpa Isteri

Melalui episod penceraian dalam hidupnya tidak bermaksud dia perlu meratap seumur hidup.

Bagi pelakon Adam Shahz, Syawal kali ini tetapi disambut meriah biarpun tidak lagi bersama isteri di sisi.

“ Status bapa tunggal tidak membawa masalah kepada saya untuk menyediakan persiapan raya untuk anak.

“ Saya tak pernah rasa kekok bergelar bapa tunggal kerana sebelum ini pun saya memang sudah terbiasa uruskan semua benda dalam rumah tangga,” katanya yang seronok memenuhi permintaan anak.

Menyambut Syawal bersama anak tersayang, Ivy Herra Sophia, mereka berdua bakal pulang ke Melaka untuk meraikannya.

“ Anak bersama saya tahun ini, tiada apa yang perlu disedihkan.

“ Alhamdulillah kehidupan saya lebih teratur selepas bercerai,” katanya yang tidak terfikir mencari pengganti.

Adam sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei tahun lalu.

SGMS Faida