“Setiap Hari Bersyukur Tak Jual Agama Demi Duit & Content” – Ben Amir

Pelakon, Ben Amir meluahkan rasa syukur apabila dirinya terhindar daripada menjadikan ibadah sebagai satu content.

Aktres drama rantaian Honey-Moon ini memuat naik ciapan di platform X meraih perhatian ramai yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

“Setiap hari aku bersyukur aku tak jual agama aku demi duit dan content,” tulisnya.

Ciapan Ben atau nama lengkapnya Muhammad Amir Sabaruddin, 34, ini dipercayai berkata demikian susulan isu membabitkan pempengaruh dan usahawan membuat content mencium Hajar Aswad, baru-baru ini.

Sebelum ini, Bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifi turut memberi ulasan beliau berhubung isu berkenaan menyatakan mencium Hajar Aswad jatuh haram sekiranya mengancam masalah dan keselamatan diri.

Artikel Berkaitan: “Hukum Mencium Hajar Aswad Jatuh Haram Sekiranya Membahayakan Keselamatan Diri” – Dr Zulkifli

Aqilah Paharuzi