#SetulusIkhlas : Ramadan Bakal Tiba, Bekas Isteri PU Abu Diuji Lagi

Setelah diceraikan ketika seorang isteri ini sarat mengandung di usia kandungannya baru sahaja mencecah 7 bulan, Ain Afini sekali lagi diuji ketika umat islam sibuk menghitung kedatangan Ramadan dengan berita nenek kesayangan beliau telah pergi menghadap ilahi.

Menerusi instagram miliknya, Ain Afini memberitahu bahawa neneknya telahpun pergi  menghadap ilahi pada waktu Asar 28 April 2019.

Mmeuat naik gambar bersama Allayarhamah ketika berada di sebuah hospital, Ain Afini mengundang sebak dikalangan followers beliau apabila menulis caption yang berbunyi ;

” Nanti mini lepas pantang datang Johor bawak cicit jumpa nenek. Nenek dah tak larat nak pergi rumah sana. Nanti doakan nenek kat Mekah ye, doakan nenek cepat sihat. Boleh tengok anak mini.

Antara kata-kata terakhir yang masih aku sempat dengar sebelum mulut itu hanya kaku bersama bantuan alat pernafasan. Masa mini suap nenek makan, luluh hati lihat suapan itu susah ditelan.

Nenek, ini gambar terakhir yang mini ada dengan nenek. Waktu ini nenek hanya terlantar baring, mata terkatup rapat dan hanya dengar nafas berombak sahaja.

Lepas satu kehilangan, Kau pecahkan kebisuan alam dengan mengambil lagi seorang yang aku sayang. Sungguh Kau yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinMu. Kuatkan kami, redhakan lah hati kami sekeluarga. Aku menjadi saksi atas kebaikan dan ketaatan nenekku diatas muka bumi ini keranaMu.

Mohon sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Asmah Salleh yang telah meninggal dunia pada waktu asar tadi. Moga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan dikurniakan syurgaNya.”

Dan rata-rata followers sempat meninggalkan kata-kata semangat buat beliau menerusi ruangan komen di laman sosial miliknya itu.

Diharap Ain Afini sentiasa tabah dan kuat mengahdapi ujian dari-Nya. Semoga dengan kedatangan ramadan tidak lama lagi membawa 1001 kebahagian buat dirinya. #SetulusIkhlas

Salma Syahbuddin