Alhamdulillah! Pengarah Terkenal Dengan Drama Dan Kontroversi Sah Peluk Islam

Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang mengejutkan netizen apabila mendedahkan bahawa dirinya kini sudah bergelar saudara islam.

Pendedahan ini dimuat naik oleh Michael di laman instagramnya dengan kapsyen berbunyi ‘Assalamaulikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya’.

Michael turut memuat naik sebuah video pengakuannya mengenai dirinya yang kini bergelar saudara Islam. Michael dikatakan banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan yang bergama Islam dan akhirnya memeluk Islam pada tahun 2o18.

Istagramnya dihujani dengan komen positif daripada rakan artis dan peminat yang sama-sama bersyukur dan mendoakan penghijrahan baru Michael. 

Spekulasi ini semakin kuat diperkatakan apabila gambarnya bersama ustaz Sheikh Hussain Yee dan Ustaz Firdaus Wong tersebar di laman sosial. 

“Masih banyak perkara yang saya perlu pelajari, untuk saya mula tunaikan solat Jumaat lebih baik saya berterus terang daripada ada orang yang melihat saya di masjid dan memperkatakan hal ini”ulasnya dalam sebuah video. 

“Saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana ianya antara saya dan Allah”, tambahnya lagi.

Alhamdulillah, bertambah seorang umat Islam. Kami di Xtra mendoakan yang terbaik buat saudara Islam baru ini. 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”