#SFMM38: “Terharu Impian Lagu Sutera Ke Pentas Berprestij Tercapai” – Menitis Air Mata, Aisha Retno Puas Bertanding

Penyanyi, Aisha Retno menitiskan air mata selepas usai membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) mempertaruhkan lagu Sutera.

Ketika ditemui, Aisha berkata dia tidak dapat mengawal perasaan dan sebak apabila impiannya untuk membawa lagu Sutera ke pentas berprestij akhirnya tercapai.

“Sebenarnya saya menangis sebab terharu. Ini adalah apa yang saya impikan sejak saya mula lancarkan lagu ini.

“Saya bersama komposer MFMF sudah membayangkan lagu ini untuk ke pentas seterusnya kerana saya yakin ada potensi.

“Pada masa sama, saya gembira kerana ini bukan usaha saya semata-mata tetapi kesemua pasukan Sutera,” katanya ketika ditemui di NTV7, Glenmarie hari ini.

Sementara itu, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam mengakui berasa kerdil bertanding bersama calon-calon SFMM38 yang lain apabila lagu Sutera dinobatkan sebagai Lagu Terbaik.

“Sejujurnya, ramai peserta lain yang hebat-hebat pada hari ini.

“Terasa kerdil sangat diri tetapi saya sudah tanamkan dalam fikiran untuk lakukan persembahan terbaik memandangkan single ini adalah paling saya sayang.

“Lagu ini pada saya unik kerana menggabungkan genre etnik dan EDM selain mengangkat tema memperkasakan wanita,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pemilik lagu Pencarianku ini puas dengan pencapaian yang dimiliki selain akur sekiranya tidak dapat meloloskan diri ke pentas akhir Muzik-Muzik.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Hari Kedua Lebih Hangat! ‘Sutera’ Aisha Reto Lagu Terbaik & ‘Astana’ Ernie Zakri Lagu Pilihan Penaja

Lagu Sutera nyanyian Aisha Retno dipilih sebagai lagu terbaik hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di Studio 1 Glenmarie, Shah Alam, sebentar tadi.

Lagu ciptaan Aisha bersama MFMF dan lirik oleh penyanyi itu sendiri berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.

Selain Sutera dan Astana, lapan lagu yang bertanding hari ini adalah Korbankan Kita nyanyian Mojo, Kamu Kamu (Wani Kayrie), Alah Bisa (Amira Othman & Putera Muhammad), Cinta Hanya Buatan (Afieq Shazwan & Muna Shahirah), Cinta Sahabiyah (Datin Alyah), Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Sejuta Maaf (Liza Hanim) dan Kalam (Shiha Zikir).

SFMM38 berlangsung selama tiga hari iaitu 15, 16 dan 17 Disember 2023 dan bersiaran di TV3 dan boleh distrim secara HD di Tonton.

SFMM38 berlangsung selama tiga hari iaitu 15, 16 dan 17 Disember 2023 dan bersiaran di TV3 dan boleh distrim secara HD di Tonton.

Di hari ketiga SFMM38, 12 lagu terbaik bakal diumumkan untuk bersaing di AJL38 bakal berlangsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, tahun depan.

Semua lagu yang bertanding di SFMM38 itu diadili oleh barisan juri iaitu Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap, Azmeer, LY dan Datuk Mokhzani Ismail yang bertindak selaku ketua juri.

Hari kedua SFMM38 dimeriahkan dengan persembahan jemputan juara AJL30, Akim & The Majistret.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aina Abdul Dedah Alami Tahap Kesihatan Kurang Memuaskan – “Memang Boleh Kerja Tapi Badan Perlu Rehat”

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aina Abdul Bolot Hadiah Hari Pertama! Jangan Mati Rasa Itu Dipilih Sebagai Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Penaja

Aqilah Paharuzi