Categories: HiburanTrending

Shakilla Khoriri Dakwa Tiada ‘Effort’, Sedangkan Fizi Ali Datang Ke Sekolah Tapi Cikgu Pula Halang Jumpa Anak Sendiri

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali membidas kenyataan bekas isteri, pelakon, Shakilla Khoriri yang mendakwa dia tidak menunjukkan kesungguhan untuk bertemu anak mereka, Ameena Sofia.

Tidak dapat menahan rasa rindu terhadap darah dagingnya sendiri, Fizi memamklumkan dia telah datang ke sekolah Ameena untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.

Fizi bagaimanapun memberitahu pihak sekolah bertindak menghalang anaknya untuk bertemu dengannya.

“Saya sudah pergi sekolah Ameena, tapi cikgunya tak benarkan untuk saya berjumpa. Kalau nak bagitahu macam-macam saya boleh dedahkan, tetapi saya tak mahu ganggu urusan mahkamah.

“Kami ada berbincang sebelum ini, kalau tiada perbincangan mustahil selepas saya kahwin baru, masih dapat berjumpa dengan anak.

“Mungkin sebelum ini tiada persetujuan di hadapan hakim, sebab itu dia sesuka hati nak ambil anak bila-bila masa sahaja. Inilah jalan paling tepat,” ujarnya kepada XTRA.

Justeru, Fizi amat kesal dengan arahan yang dikeluarkan oleh Shakilla itu seolah-olah dirinya orang asing dan tiada pertalian darah.

Menurut Fizi, ekoran perbincangan antara mereka berdua sebelum ini gagal mencapai kata sepakat, isu tersebut terpaksa dibawa ke muka pengadilan.

Baginya, keputusan yang dibuat di mahkamah mampu memberikan keadilan buat semua pihak di samping mereka harus akur.

Fizi ditemui XTRA sejurus prosiding Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Rabu.

Dalam pada itu, Fizi juga enggan hadir ke rumah Shakilla untuk menjenguk anaknya walaupun boleh berbuat demikian.

Memikirkan banyak kesan serta spekulasi yang bakal timbul, Fizi tidak mahu timbul dakwaan dirinya cuba menceroboh kediaman bekas isteri serta risau dituduh cuba menculik Ameena.

“Saya boleh pergi berjumpa Ameena di lokasi itu, khuatir akan didakwa sebagai penceroboh.

“Perkara ini boleh berbincang secara baik sebenarnya, tapi kalau memang dia mahu cara begini (hadanah), saya tiada masalah,” katanya.

Syamir Shafie