“Kalau Lah Boleh Patah Balik Masa…” – Kurang Beri Perhatian, Nana Mahazan Menyesal Hubungan Dengan Anak Sulung Semakin Menjauh?

Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan akui tidak meluangkan banyak masa dengan anak sulungnya, Althea semasa masih kecil.

Menerusi hantaran di Instagram @majalahpama, Nana merasakan dia lebih memberi perhatian kepada anak keduanya iaitu Aaqib selepas melahirkannya.

“Saya rasa saya tak spend much time dengan anak sulung saya. Saya rasa tak sempat nak manjakan dia as much as saya manjakan anak kedua.

“Mungkin saya rasa bila dah ada baby baru masa tu, dia baru umur 3 tahun nak masuk 4 tahun, so dia dah terpaksa jadi kakak dah dan kena pandai-pandai jaga diri sebab kita nak take care of the small one kan jadi dia lebih distance dengan saya.

“Saya rasa sepatutnya saya manjakan dia juga walaupun saya ‘kejap Althea tolong ambil ni, tolong ni eh cepat janganlah kacau adik’ so saya rasa macam eh dia pun masih kecil masa tu kan,” kongsinya.

Menurutnya, perbuatan tersebut membuatkan hubungannya dan Althea sedikit renggang dan tidak rapat.

Sementara itu, Nana turut berharap agar dapat memutarkan semula waktu dan memperbetulkan semula hubungan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada kedua-dua anaknya.

“The distance yang saya rasa dengan anak sulung saya tu kalau lah boleh patah balik masa saya nak spend equal time dengan dia juga masa tu sebab kita sibuk fikir baby kecil nak menyusu dan lebih take care untuk dia.

“Tapi Alhamdulillah Brian dia memegang tanggungjawab (sebagai bapa) itu. That’s why sampai sekarang Althea memang lebih rapat dengan bapa dia.

“Dia sekarang dah teenager jadi saya cubalah nak jadi friendly macam kawan-kawanlah. Saya harap dapat kembalikan balik that bond that I have with her masa dia kecil-kecil sebelum Aaqib ada,” ujarnya.

Untuk rekod, Nana mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Raqeem Brian pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Althea dan Aaqib.

Maya Basir