Shakilla Khoriri Nafi Berbincang Dengan Bekas Suami Untuk Rujuk Semula – “Saya Tak Ada Keluarkan Kenyataan Memujuk..”

Pelakon Shakilla Khoriri menafikan dakwaan mengenai kenyataannya yang dikatakan ada berbincang dengan bekas suami, penyampai radio Fizi Ali untuk rujuk semula.

Susulan itu, Shakilla yang terkejut dengan berita itu memuat naik satu kenyataan di akaun Instagram miliknya untuk menjernihkan keadaan kerana enggan membuatkan ramai pihak tersalah faham.

“Rasanya saya tak ada keluarkan ayat MEMUJUK atau sudah BERBINCANG untuk kembali bersama.

“Maafkan saya jika saya terlupa apa yang saya ingin katakan tapi jika ada saya mohon perdengarkan balik pada saya rakaman ayat saya cakap macam tu.

“Jika tidak ADA atau kalian tersalah tulis mohon perbetulkan penulisan supaya tidak ramai lagi pihak yang TERSALAH faham atau memandang serong pada kenyataan yang keluar hari ini,” tulisnya.

Sementara itu, Fizi turut memuat naik satu hantaran di Instagram Story miliknya yang seakan menafikan dakwaan mereka ada berbincang.

“Bincang?? Bincang apa?? Mana ada… pelik,” tulisnya.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia. Bagaimanapun, pasangan selebriti ini berpisah pada 15 Disember 2021.

Aqilah Paharuzi