“Sheila Tak Miliki Kriteria Seperti Saya”- Vida Tak Cemburu, Ramal Hubungan Iqbal & Inspektor Sheila Tak Jadi

Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida menegaskan tidak wujud rasa cemburu terhadap Iqbal Zulkefli sejak mengetahui inisiatif pempengaruh media sosial itu untuk berkenalan dengan Inspektor Sheila.

Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman, 52, berkata, Iqbal tidak akan menjumpai wanita yang hebat dan mempunyai kriteria seperti dirinya.

Tambahnya, Iqbal berbuat demikian kerana mahu menumpang populariti Sheila memandangkan isu melibatkan Inspektor polis itu sedang hangat diperkatakan.

“Hanya Iqbal yang tahu kelebihan saya dan dia (Iqbal)tidak akan jumpa orang sehebat saya.

“Lagipun Sheila tidak memiliki kriteria seperti saya.

“Untuk makluman, Iqbal tu hanya menumpang populariti orang. Cuba berdiri atas kaki sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu yang sedang tular di media sosial kononnya Iqbal sanggup berubah dan kelihatan ‘fit’ demi Sheila atau nama penuhnya, Sheila Sharon Steven Kumar, Vida bagaimanapun yakin hubungan tersebut tidak akan menjadi.

Malah, berharap agar bekas pembantu peribadinya itu tidak mempermainkan hati wanita.

“Saya harap dia tidak mainkanhati wanita, lagipun saya kenal Iqbal,” jelasnya.

Terdahulu, Iqbal menerusi hantaran di Instagram Story memaklumkan, warna kulit tidak menjadi penghalang untuk dirinya mendekati Inspektor Sheila.

ARTIKEL BERKAITAN:”Jangan Bimbang Sayang, Sedangkan Lautan Sanggup Ku Renangi…” – Iqbal Zulkefli Respons Warna Kulit Tak Jadi Masalah Demi Inspektor Shiela

ARTIKEL BERKAITAN:Inspektor Sheila Kongsi Ciri Lelaki Idaman – “Tak Hensem Tak Apa, Janji Muda & Tak Gemuk”

 

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin