[VIDEO] Meremang! Persembahan Ziana Zain & Hasif Upin Nyanyi Lagu Waktu Curi Tumpuan, Peminat Ramal Masuk AJL

Siapa sahaja tidak mengenali kehebatan vokal penyanyi popular Ziana Zain yang lunak dan merdu. Itu yang membuatkan pelantun lagu Putus Terpaksa ini berada di tahapnya tersendiri.

Terbaharu, Ziana menjadi perhatian apabila tular sebuah rakaman video yang memaparkan persembahannya bersama penyanyi Hasif Upin di sebuah program, baru-baru ini.

Tampil mengenakan busana serba hitam, Ziana dan Hasif mendendangkan lagu duet mereka yang baharu sahaja dilancarkan berjudul Waktu.

Ternyata, persembahan tersebut menyaksikan kehebatan vokal Ziana dan Hasif sekali gus mencuri tumpuan warganet. Malah, ada juga yang memuji lontaran vokal Ziana biarpun usianya kini mencecah 55 tahun.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terpukau dengan gandingan dua penyanyi tersebut dalam menyampaikan lagu Waktu dengan cukup baik sekali.

Lebih menarik, ramai juga meramalkan lagu kolaborasi ini dapat membolos ke Anugerah Juara Lagu yang akan datang.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 40,000 tontonan dan lebih 1,900 tanda suka.

Khairil Khusyairi