Sherry Ibrahim Jawab Isu Pereka Pelamin FattZura

Pelakon Sherry Ibrahim baru-baru ini sedikit marah dengan pereka pelamin artis kesayangan ramai Fattah Amin dan Fazura apabila telah menulis komen menjengkelkan pada instagram beliau. Komen yang seolah-olah menyindir Sherry yang sebelum ini pernah bercinta dengan Fattah itu, sekali lagi mendapat perhatian daripada Sherry.

Isu ini timbul semula apabila, pelakon ini memuat naik kata-kata diinstagram beliau memberitahu bahawa, walaupun tiada sebarang bukti yang boleh mengesahkan insiden penggodaman akaun perancang perkahwinan terkenal itu beliau enggan memanjangkan lagi isu tersebut.

“Kami telah berbincang mengenai perkara ini dan baru-baru ini pihak tersebut telah memberikan penerangan kepada Sherry bahawa akaun mereka telah digodam. Namun, secara personal tiada sebarang bukti kukuh untuk mengesahkan kejadian itu. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Tidak kiralah sesiapa pun yang telah menulis komen di akaun instagram Sherry, perkara ini telah menimbulkan provokasi kedua belah pihak ,”

Menurut muat naik diinstagram beliau ini, Sherry telah meminta maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu tersebut. 

“Dengan ini, Sherry dengan hati yang terbuka telah memaafkan pihak yang telah mencetuskan perkara tersebut dan juga pihak lain yang terlibat.” Ujarnya

Dan, diharap tindakan Sherry memohon maaf secara terbuka kepada mereka yang telah melakukan kesalahan ini dianggap sangat positif dan patut dicontohi oleh artis-artis lain. Syabas Sheery!

Salma Syahbuddin