Shila Amzah Bakal Bernikah Sabtu Ini, Ibu Sempat Seloroh – “Lepas Anak, Mak Pula”

Umum mengetahui penyanyi Shila Amzah bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli ataupun lebih dikenali sebagai Ubai MZ.

Terbaharu, ibu kepada Shila, Datin Fauziah Sarman atau lebih mesra disapa Mamazie itu memuat naik sebuah perkongsian di Instagram (IG).

Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan dia sedang berada di butik dipercayai untuk mengambil busana.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Fauziah menulis kapsyen yang mencuit hati.

“Lepas anak, mak pula..eh gurau je.

“Berangan tak salah kan,” seloroh Fauziah.

Untuk info, Shila dan Ubai mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.

Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Fauziah pula menjadi perhatian susulan dia membuat pendedahan wajah wanita yang didakwa telah berkahwin dengan suaminya, ND Lala di Instagram miliknya.

Februari lalu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tarikh Dah Dekat Tapi…” – Persiapan Hampir 70% Siap, Shila & Ubai Bakal Nikah Ogos Ini

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Isteri ND Lala Sebak Terima Kejutan Daripada Anak Sempena Birthday, Netizen Komen: “Nampak Seribu Satu Kesedihan Yang Dia Pendam”

Khairil Khusyairi