Shila Amzah Dikejarkan Ke Hospital, Ubai Setia Disisi – “Get Well Soon!”

Penyanyi Shila Amzah akhirnya dikejarkan ke hospital seusai konsert sulungnya Journey To The Future Live Tour yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC malam tadi.

Perkara itu dikongsi oleh Shila dan kekasihnya, Ubai Mz menerusi hantaran di Instagram milik mereka semalam.

Difahamkan, penyanyi Patah Seribu itu diserang asthma dan terpaksa menerima drip dan rawatan nebulizer.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Ubai atau nama penuhnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dilihat setia menemani Shila sepanjang menerima rawatan di hospital.

Malah, kedua-dua pasangan ini juga saling berbalas hantaran menerusi Instagram Story (IGS) milik mereka.

“Get weel soon,” tulisnya.

Terdahulu, kisah cinta mengenai pasangan ini tular selepas mereka tampil membuat penjelasan menerusi siaran Live di TikTok @ubaimz, sekaligus mengakui hubungan tersebut juga turut direstui pihak keluarga Shila.

“Parents saya semua okay je dengan dia (Ubai), adik beradik saya semua okay dan korang jangan cakap tak direstui ke apa benda sebab yang sebelum-sebelum itu mungkin ada sebabnya kalau orang tak suka kan?

“Tapi this time around saya boleh buat keputusan sendiri jadi jangan risau,”katanya.

Salma Syahbuddin