Shila Amzah Kongsi Momen Hari Pertama Anak Masuk Sekolah, Warganet Dakwa Bekas Suami Tak Pernah Jenguk Anak?

Penyanyi Shila Amzah berkongsi momen hari pertama anak sulungnya iaitu Seth Uwais, 5, masuk sekolah.

Menerusi hantarannya di Instagram, kelihatan Seth sangat gembira untuk ke sekolah dan dihantar ke sekolah bersama Shila dan bapa tirinya, Ubai Mz.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, ada yang tertanya-tanya tentang keberadaan bapa kandungnya yang dilihat tidak melibatkan diri dalam urusan anak.

“Sorry for asking, bapa kandung Seth memang tak jenguk anak dia ke?,” soal pengikutnya.

Kemudian, pertanyaan tersebut dibalas oleh Shila seakan reda dengan tindakan bekas suaminya itu.

“Takpelah yang penting sekarang Seth happy je. Doakan yang baik-baik,” balas Shila.

Untuk rekod, Shila dan Ubai Mz mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos tahun lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada April 2018.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Maya Basir