Polis Tak Tutup Kes Zayn Rayyan, Siasatan Masih Diteruskan Walaupun Tiada Petunjuk Baharu

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberi jaminan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan dihentikan walaupun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.

Menurut laporan BERNAMA, Hussein berkata kes tersebut masih disiasat biarpun tiada petunjuk baharu ditemukan.

“Kes ini tidak diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.

“Siasatan masih diteruskan bagi mencari petunjuk dalam menyelesaikan kes ini,” katanya.

Terdahulu, polis turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan masih menunggu maklum balas berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Sungai Buloh, selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Lebih mengejutkan, kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Kini, keluarga Zayn Rayyan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis menjejak pelaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Melangkah Tahun Baru Dengan Duka Dan Harapan, Semoga Ada Keadilan Buat Anakku” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Rindu Yang Paling Sakit Adalah Rindu Pada Orang Yang Telah Tiada” – Ibu Zayn Rayyan

 ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zayn Rayyan Reda, Serah Siasatan Kepada Polis – “Saya Tak Sangka Ia Berakhir Macam Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

Sumber: BERNAMA
Khairil Khusyairi