Shuib Gagal Tahan Air Mata, Oksigen Siti Sarah Tinggal 40%

Pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan tahap oksigen isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin kini menurun kepada 40 peratus.

Sarah kini masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.

“Saya baru dimaklumkan oleh doktor yang keadaan Sarah tidak okey. Sebelum saya masuk sesi siaran langsung ini, doktor baru saja menghubungi saya memaklumkan keadaan Sarah sangat tidak baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

“Dia punya oksigen tinggal 40 peratus. Doktor sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya sebak.

Shuib menyampaikan berita itu ketika sesi siaran langsung bacaan Yasin dan doa untuk penyanyi itu yang berlangsung sebentar tadi.

Shuib dilihat gagal menahan tangisan daripada terus mengalir dan meminta agar majlis bacaan Yassin dimulakan dengan segera supaya dapat mendoakan isterinya yang tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN : “Awak Penat, Tapi Jangan Tidur Lama-Lama Ye Sayang…” – Luahan Shuib Buat Netizen Sebak!

ARTIKEL BERKAITAN : Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Bacaan Yassin dan doa itu diketuai oleh Uztaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Lebih 900 orang menyertai bacaan Yassin berkenaan yang berlangsung secara maya.

Semalam, Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah yang ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.

Katanya, sama-sama kita doakan semoga Siti Sarah berada dalam keadaan normal dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.

Sumber: Harian Metro

Padin