Siti Sarah Meninggal Dunia

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi.

Khabar sedih ini dimaklumkan oleh suaminya, pelawak Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“5.13 pagi, 9 Ogos 2021, bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah. Siti Sarah Raisuddin,” tulis Shuib.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Gagal Tahan Air Mata, Oksigen Siti Sarah Tinggal 40%

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

Terdahulu, Sarah yang hamil tujuh bulan positif Covid-19 dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur kerana penurunan kadar oksigen.

Sarah yang ditidurkan telah melahirkan cahaya mata lelaki secara pembedahan pada 6 Ogos lalu.

Sarah mendirikan rumah tangga dengan Shuib pada 2011 dan sebelum ini, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

ARTIKEL BERKAITAN : “Awak Penat, Tapi Jangan Tidur Lama-Lama Ye Sayang…” – Luahan Shuib Buat Netizen Sebak!

ARTIKEL BERKAITAN : Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Padin