Shuk Buat Kejutan Selepas Lebih Sebulan Tak Berjumpa Anak

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar membuat kejutan berjumpa dua anaknya Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi di Sandakan, Sabah, semalam.

Menurut Shuk, dia sangat rindukan kedua-dua puterinya itu setelah lebih sebulan tidak bertemu sejak Ramadan lalu.

“Sebenarnya dari awal puasa lalu anak saya Ain dan Aimi ke Sabah dan beraya di sana. Lebih sebulan juga saya dah tak berjumpa mereka. Saya sangat rindukan mereka.

“Jadi pagi ini (semalam) saya bangun, tanpa sebarang perancangan saya terus gerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), saya beli tiket ke Sandakan, saya nak buat kejutan untuk Ain dan Aimi,” katanya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shuk sempat merakamkan detik itu bermula di KLIA 2 hingga tiba di sana.

Perkongsian tersebut turut menunjukkan kedua anaknya berlari menuju ke arah pelawak tersebut selepas melihatnya.

@shuksahar Hanya rindu #fyp #hartaduniaakhirat #shuksahar ♬ original sound – shuksahar

Selain itu, video yang berdurasi kurang seminit itu sudah mencecah lebih 586,000 tontonan, hampir 30,000 tanda suka dan lebih 660 komen.

Sementara itu, Shuk turut membuat sesi siaran langsung di akaun TikTok semalam dihujani pertanyaan mengenai sejauh mana hubungannya dengan isteri, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshafera.

Malah, ramai mendoakan agar Shuk dan Sera rujuk semula sekali gus menimbulkan persoalan status perkahwinan mereka.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua anak.

Fatin Nurain