Categories: HiburanSelebriti

Siapa “H” Dihati Nelydia Senrose?

Selepas tenggelam timbul dengan kontroversi melibatkan hubungan pelakon yang semakin cantik Nelydia Senrose, kali ini beliau terus mengejutkan ramai pihak apabila gambarnya bersama seorang jejaka dilihat begitu mesra sekali. 

Walaupun sebelum ini Nelydia mengakui masih single, tetapi menurut beberapa sumber Nelydia kini sedang dilamun cinta dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr H. Dan, ada juga yang memaklumkan bahawa Mr H ini merupakan kawan perniagaan bekas suami kepada pelakon Fasha Sandha, Jejai. 

Wow! Handsome juga Mr H ni kan?

Walaupun gambar tersebut kini tular, namun Nelydia sendiri masih belum memuat naik sebarang gambar mereka berdua menerusi laman instagram beliau. 

Benarkah Nelydia Senrose kini dilamun cinta?

Apapun, kalau benar Nelydia dan Mr H ini bercinta, kami di xtra.com.my ingin mengucapkan tahniah kepada beliau. Mana taknya, mereka berdua pun memang sangat sesuai. Bak kata pepatah Melayu, “Bagai Pinang Dibelah Dua”.

Salma Syahbuddin