Hiburan By: Maya Basir June 1, 2022 @ 1:13am

“Siapa Kenal Saya, Depan-Depan Sound Direct” – Lana Nodin Berperang Mulut Dengan Netizen Tak Pakai Sarung Tangan Buat Roti

Pelakon Lana Nodin dilihat sering bergaduh mulut dengan warga maya di media sosial.

Lana menyatakan dia bukanlah seorang yang bermuka-muka tetapi seorang yang ‘straight forward’.

“Siapa kenal saya, depan-depan sound direct. Semua tahu perangai saya. Tak ada yang grey area, sama ada hitam atau putih saja.

“Nak kenal saya ni senang saja straight forward. Kalau saya tak suka saya cakap, tak suka simpan rahsia atau bermuka-muka.

Menurut pelakon berumur 43 tahun ini, perbalahan dengan netizen itu adalah topik yang rasional untuk dijawab seperti baru-baru ini ada pengikut yang mempertikaikan caranya membuat roti tanpa memakai sarung tangan.

Jelas Lana atau nama sebenar Mazlina Hasan Nordin, dia tahu menjaga kebersihan makanan mengikut cara Islam.

“Saya sebenarnya okey je, kalau ada masa bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.

“Cara saya selagi kita sampai bila-bila mereka akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.

“Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik.. Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya cakap balik mana ada orang buat roti pakai sarung tangan. Kau pergilah kedai mamak tu tengok sendiri.

“Saya tahu soal kebersihan sebab saya pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex,” kata Lana.

Sementara itu, pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri ini turut mengakui enggan melayan komen remeh netizen yang menyentuh isu ‘body shaming’.

“Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan.. Kalau perlu ditegur, saya tegur.. Saya nak educate mereka supaya mereka tahu,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 19 Jul 2019

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara, Menteri Perancis Letak Jawatan

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Amira Othman Tak Mahu Karya ‘Asal Boleh’

Kenapa agaknya Amira lama menyepi?

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Ariana Grande Tutup Ruangan Komen Instagram?

Difahamkan, Ariana dikatakan masih menahan kesedihan apabila mengetahui mengenai kematian bekas kekasihnya itu…

Featured Mon, 26 Apr 2021

Kongsi Foto Anak Ke-2, Muhammad Afwa Nama Baby Boy Siti… Turut Lancar Muzik Video Terbaru “Anaknda”

Umum maklum, penyanyi no 1 tanah air, Dato Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata kedua beliau pada minggu lalu. Terbaru, menerusi laman Instagramnya, penyanyi itu akhirnya berkongsi wajah dan nama anak keduanya yang […]

Featured Tue, 22 Mar 2022

“Ingat Sisi Baik Dia, Saya Tak Sanggup Lihat Zul Ariffin Dikecam Bertubi-Tubi” – Iqbal Zulkefli

Panjang hujah Iqbal mengenai kontroversi yang melanda pelakon Zul Ariffin..fuh sangat mendalam gais! 🤭

Featured Thu, 10 Nov 2022

Tarbiah Anak Muda Tak Keluar Mengundi, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mengulas berkenaan generasi muda kini tidak mahu keluar untuk mengundi. @izzatramlii #ustazahasmaharun #pru15 #fyp #dakwah_islam #mengundi #foryou ♬ Orange 7 – Anime Quotes Menerusi video berdurasi seminit yang dikongsikan oleh […]