Siapa Pelakon K-Drama Full House Bakal Kahwini Usahawan Tahun Hadapan?

Siapa yang masih ingat lagi dengan drama bersiri Korea popular berjudul Full House? Salah seorang pelakon dalam drama tersebut baru-baru ini mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang usahawan pada Januari depan.

Han Da Gam merupakan pelakon yang terkenal dengan watak-watak antagonis terutamanya di dalam drama KBS Full House dengan memegang watak Kang Hye Won, drama bersiri popular ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Song Hye Kyo dan Rain.

 

Watak Kang Hye Won Dalam Full House

 

Menurut agensi kepada aktres berusia 39 tahun itu iaitu BB Entertainment, wakil agensi berkenaan telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa Da Gam bakal berkahwin dengan kekasihnya di Seoul pada 5 Januari, 2020

“Majlis perkahwinan juga akan diadakan secara tertutup dan kami berharap peminat memahaminya, seterusnya memberi restu kepada Han Da Gam. Kami berterima kasih kepada peminat yang selama ini tidak putus memberi sokongan kepada Han Da Gam.” tambah wakil agensi tersebut.

Dalam perkembangan lain, aktres ini juga dilaporkan akan meneruskan kerjaya lakonannya dengan membintangi drama terbaru melalui channel JTBC bertajuk “Touch” bersama Joo Sang Wook dan Kim Bo Ra tidak lama lagi.

Syafiqa Irdina